Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Cherang Ruku adalah sebuah Daerah dalam jajahan Pasir Puteh yang terkenal dengan pantai yang indah dan pelabuhan perikanan laut di Tok Bali. Kawasan ini bersempadan dengan daerah Besut di utara Terengganu.

Cherang Ruku merupakan pekan utama dalam kawasan Semerak menjadi laluan antara Pasir Puteh dan Bachok ke Kuala Besut dan kawasan-kawasan pantai di utara Terengganu.

Nama Semerak di ambil daripada nama Tengku Idris Ibni Sultan Ahmad, yang bergelar Tengku Petra Semerak. Tengku Petra Semerak ialah datuk kepada Raja Perempuan Zainab II Binti Tengku Sri Utama Raja Muhammad Petra yang merupakan permaisuri kepada Raja Kelantan pada suatu ketika dahulu.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


PROGRAM BERSAMA SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)

Aktiviti Terkini | 13 Disember 2021

Seawal pagi pendaftaran bermula dengan mengikut SOP yang ketat. Pendaftaran diutamakan kepada nama yang mendaftar terlebih awal lagi. Ramai komuniti yang “walk in” secara langsung turut menyertai program ini. Urusan diselesaikan oleh pihak SSM dengan kerjasama staf PEDi memantau program ini. Program ini selesai pada jam 2 petang...baca selanjutnya

LIVE FB: PERKONGSIAN MENGENAI SHOPEE(APA ITU SHOPEE?)

Aktiviti Terkini | 11 Disember 2021

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (Pedi) Cherang Ruku berkongsi tentang Apa itu Shopee kepada komuniti secara atas talian...baca selanjutnya

FB LIVE: KESEDARAN PRODUK KECANTIKAN

Aktiviti Terkini | 21 November 2021

FB Live ini bertujuan untuk mendedahkan kepada orang ramai “KESEDARAN PRODUK KECANTIKAN” yang sering kita gunakan dalam harian....baca selanjutnya

PENGISIAN VIDEO ICT: CARA SEMAK SIJIL VAKSIN DIGITAL

Aktiviti Terkini | 6 Oktober 2021

Video pengisian ICT ini untuk memberi pendedahan kepada komuniti “Cara untuk menyemak sijil vaksin secara digital” melalui aplikasi mysejahtera....baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: SAMBUTAN HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963 PUSAT INTERNET KOMUNITI KLUSTER BESUT DAN PASIR PUTEH”

Aktiviti Terkini | 18 September 2021

Sambutan ini disiarkan secara langsung melalui “Facebook Page” PIK Cherang Ruku di mana pihak PIK berkongsi berkenaan “HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963” dan aktiviti mewarna peringkat sekolah rendah anjuran PIK Cherang Ruku....baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE-64 PUSAT INTERNET KOMUNITI KLUSTER BESUT DAN PASIR PUTEH”

Aktiviti Terkini | 28 Ogos 2021

Sambutan ini disiarkan secara langsung melalui “Facebook Page” PIK Sungai Petai di mana pihak PIK berkongsi berkenaan “SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE-64” dan aktiviti yang dianjurkan oleh setiap PIK masing-masing....baca selanjutnya

SEMBANG SANTAI TEMPAT MENARIK DI PASIR PUTEH DAN DI BESUT

Aktiviti Terkini | 15 Julai 2021

Mendedahkan tempat-tempat menarik serta bersejarah di Pasir Puteh dan di Besut. Untuk menarik ramai pelancong datang ke Pasir Puteh & Besut. Pelancong menikmati keindahan semulajadi contohnya kehijauan....baca selanjutnya

BELAJAR SECARA ATAS TALIAN “CARA TRANSFER DUIT DARI CIMB KE TABUNG HAJI”

Aktiviti Terkini | 3 Jun 2021

Memberi pendedahan ilmu yang lebih efektif dengan cara yang lebih cepat dan mudah. Subjek yang diajar pada kali ini adalah cara transfer duit dari bank cimb ke tabung haji. Subjek yang di ajar adalah cara yang mudah menggunakan aplikasi online banking untuk transfer ke akaun tabung haji....baca selanjutnya

BELAJAR SECARA ATAS TALIAN “CARA MENAMBAHKAN NAMA AHLI KELUARGA DALAM APLIKASI MY SJAHTERA”

Aktiviti Terkini | 10 Mei 2021

Memberi pendedahan ilmu yang lebih efektif dengan cara yang lebih cepat dan mudah. Subjek yang diajar pada kali ini adalah cara mengisi borang secara atas talian berdasarkan keperluan semasa. Subjek yang di ajar adalah cara mengisi dan memuatnaik dokumen yang diminta ke dalam pengisian....baca selanjutnya

KELAS USAHAWAN “PROGRAM PEREKAYASAAN SOSIAL NELAYAN” DI PUSAT INTERNET KOMUNITI CHERANG RUKU

Aktiviti Terkini | 9 April 2021

Memberi pendedahan ilmu yang lebih efektif dengan cara yang lebih cepat dan mudah dengan pembelajaran atas talian....baca selanjutnya

KELAS USAHAWAN “LIVE BERSAMA DATUK HUSAM BIN MUSA DALAM PROGRAM DEMONSTRASI MASAKAN BERASASKAN PUCUK UBI KAYU VITATO”

Aktiviti Terkini | 24 Mac 2021

Seawal pagi Datuk Hisam bin Musa diiringi oelh Haji Rusli bin Karim serta pengiringnya ke tapak pertanian penanaman ubi keledek. Beliau selaku bekas Pengerusi KADA, mengambil peluang sendiri dengan memetik sendiri pucuk ubi untuk demonstrasi masakan yang dimasak olehnya sendiri....baca selanjutnya

KELAS USAHAWAN “PROGRAM PEREKAYASAAN SOSIAL NELAYAN” DI PUSAT INTERNET KOMUNITI CHERANG RUKU

Aktiviti Terkini | 26 Februari 2021

Memberi pendedahan ilmu yang lebih efektif dengan cara yang lebih cepat dan mudah dengan pembelajaran atas talian....baca selanjutnya

BELAJAR SECARA ATAS TALIAN “CARA ISI BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR)” DARI PUSAT INTERNET KOMUNITI CHERANG RUKU

Aktiviti Terkini | 31 Januari 2021

Memberi pendedahan ilmu yang lebih efektif dengan cara yang lebih cepat dan mudah....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini 20 Januari 2019

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti