Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Cherang Ruku adalah sebuah Daerah dalam jajahan Pasir Puteh yang terkenal dengan pantai yang indah dan pelabuhan perikanan laut di Tok Bali. Kawasan ini bersempadan dengan daerah Besut di utara Terengganu.

Cherang Ruku merupakan pekan utama dalam kawasan Semerak menjadi laluan antara Pasir Puteh dan Bachok ke Kuala Besut dan kawasan-kawasan pantai di utara Terengganu.

Nama Semerak di ambil daripada nama Tengku Idris Ibni Sultan Ahmad, yang bergelar Tengku Petra Semerak. Tengku Petra Semerak ialah datuk kepada Raja Perempuan Zainab II Binti Tengku Sri Utama Raja Muhammad Petra yang merupakan permaisuri kepada Raja Kelantan pada suatu ketika dahulu.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


PROGRAM ADVOKASI DI SK BUKIT AWANG PASIR PUTEH

Aktiviti Terkini | 30 Disember 2019

Ibu bapa dapat memantau anak-anak mereka dalam menggunakan telefon pintar terutamanya semasa melayari internet serta cara menggunakan dengan betul media sosial agar tiadk terjebak dengan aktiviti-aktiviti yang boleh memudaratkan kepada anak-anak mereka....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI MSU COLLEGE KOTA BHARU

Aktiviti Terkini | 11 Disember 2019

Para Siswa Dan Siswi dapat mengetahui lebih lanjut lagi mengenai Klik Dengan Bijak dan Tidak Pasti Jangan Kongsi,yang mana sebelum ini ada sebahagian siswa dan siswi dapat mengetahui secara ringkas sahaja. Ianya juga dapat mendidik para siswa dan siswi dalam berhemah menggunakan internet dalam kehidupan seharian,sekaligus dapat mengurangkan jenayah siber dan penularan berita-berita palsu untuk masa akan datang....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SK GAAL

Aktiviti Terkini | 06 November 2019

Program ini untuk memberi pendedahan kepada pelajar keselamatan semasa mengendalikan internet dan pelajar didedahkan dengan pelbagai topik seperti online banking, buli siber, sexting dan bagaimana cara untuk mengatasi sekiranya mengalami masalah berikut.....baca selanjutnya

PROGRAM TAUTAN KASIH SMK CHERANG RUKU

Aktiviti Terkini | 06 Oktober 2019

Program ini bertujuan untuk menjalankan satu satu aktiviti bagi pelajar-pelajar PDK seramaai 40 orang beserta guru. Belajar beraktiviti sambil berfikir untuk menghasilkan satu idea mengikut bahan yang diberikan. Pelajar-pelajar diberi satu keping kertas yang bercorak ikan dan akan menampalkan manik di atas kertas bagi menghidupkan gambar ikan tersebut. Permainan kedua adalah mengenal emosi dan lakonkan mengikut emosi yang diberi....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SK KG RAJA, PASIR PUTEH

Aktiviti Terkini | 23 September 2019

Program ini adalah untuk melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet) dan mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain....baca selanjutnya

PROGRAM MERDEKA BERTEMAKAN SAYANGI MALAYSIAKU

Aktiviti Terkini | 15 September 2019

Sebagai salah satu program yang diadakan untuk menyemarakkan hari kemerdekaan sempena sambutan penutup bulan kemerdekaan 2019...baca selanjutnya

PROGRAM PERTANDINGAN MEWARNA PRA SEKOLAH SK KG SEPULAU

Aktiviti Terkini | 29 Ogos 2019

Pelajar diagihkan tempat dan diberi sedikit penerangan mengenai program ini. Masa yang diberikan selama satu jam sahaja untuk disiapkan. Guru-guru turut memantau pelajar-pelajar bagi memudahkan urusan sepanjang program berlangsung....baca selanjutnya

PROGRAM SEMINAR USAHAWAN ONLINE BERSAMA KAKITANGAN PDK GAAL

Aktiviti Terkini | 01 Ogos 2019

Program ini mendedahkan warga PDK untuk lebih mengetahui cara jana pendapatan dengan cepat....baca selanjutnya

PROGRAM KUIZ KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 20 Julai 2019

Ahli diminta menjawab soalan yang disediakan oleh staf PI. Setiap soalan yang dijawab hendaklah dicabut nombor untuk mendapatkan hadiah yang telah disediakan oleh staf PI....baca selanjutnya

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI

Aktiviti Terkini | 28 Jun 2019

Jamuan ini bertujuan mengeratkan hubungan silatulrahim sesama penduduk di kawasan Semerak dan mewujudkan suasana hari raya dalam bulan Syawal. ...baca selanjutnya

PROGRAM TAUTAN KASIH BERSAMA PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 05 Mei 2019

Program ini bertujuan menjalankan aktiviti bagi pelajar-pelajar PDK seramai 25 orang. Belajar beraktiviti sambil berfikir untuk menghasilkan satu idea mengikut bahan yang diberikan. Pelajar-pelajar diberi satu set batang asikrim dan diolah oleh mereka mengikut idea tersendiri....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI KOLEJ VOKASIONAL PASIR PUTEH

Aktiviti Terkini | 24 April 2019

Program ini untuk memberi pendedahan kepada pelajar keselamatan semasa mengendalikan internet. Pelajar didedahkan dengan pelbagai topik seperti online banking, buli siber, sexting dan bagaimana cara untuk mengatasi sekiranya mengalami masalah berikut....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SMK PADANG PAK AMAT

Aktiviti Terkini | 20 Mac 2019

Program ini untuk memberi pendedahan kepada pelajar keselamatan semasa mengendalikan internet....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SMK SUNGAI PETAI

Aktiviti Terkini | 12 Mac 2019

Program ini dianjurkan oleh PI Cherang Ruku, PI Sg Petai dan PI Tok Janggut yang melibatkan seramai 500 orang pelajar termasuk guru-guru....baca selanjutnya

PROGRAM MEMBINA IDEA KREATIF

Aktiviti Terkini | 08 Mac 2019

Program ini dapat meningkatkan tahap IQ peserta dengan rekacipta yang dihasilkan dan melahirkan generasi yang bijak mengolah sesuatu benda berdasarkan sesuau barangan.....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK DI SMK TOK JANGGUT

Aktiviti Terkini | 17 Februari 2019

Program ini dianjurkan oleh PI Tok Janggut dengan kerjasama oleh PI Cherang Ruku dan PI Sg Petai yang melibatkan seramai 1000 orang pelajar termasuk guru dan ibu bapa....baca selanjutnya

PROGRAM KEUSAHAWANAN

Aktiviti Terkini | 20 Januari 2019

Program ini bertujuan untuk mendedahkan tentang Platform Keusahawanan Produk digital Interactive Pendidikan kepada staf PI dalam mengendalikan pusat tuisyen secara online....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini 20 Januari 2019

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti