Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Cherang Ruku adalah sebuah Daerah dalam jajahan Pasir Puteh yang terkenal dengan pantai yang indah dan pelabuhan perikanan laut di Tok Bali. Kawasan ini bersempadan dengan daerah Besut di utara Terengganu.

Cherang Ruku merupakan pekan utama dalam kawasan Semerak menjadi laluan antara Pasir Puteh dan Bachok ke Kuala Besut dan kawasan-kawasan pantai di utara Terengganu.

Nama Semerak di ambil daripada nama Tengku Idris Ibni Sultan Ahmad, yang bergelar Tengku Petra Semerak. Tengku Petra Semerak ialah datuk kepada Raja Perempuan Zainab II Binti Tengku Sri Utama Raja Muhammad Petra yang merupakan permaisuri kepada Raja Kelantan pada suatu ketika dahulu.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


PROGRAM “KELAS MICROSOFT WORD-TESIS”

Aktiviti Terkini | 24 Disember 2022

Kelas Microsoft Word-Tesis menfokuskan pelajar tingkatan 6 di sekitar PEDi Cherang Ruku dimana ahli diajar fungsi dan cara menggunakan Microsoft Word seperti table untuk isi kandungan, format rujukan dan banyak lagi untuk menyiapkan tesis akhir tahun pelajar...baca selanjutnya

PROGRAM “EDUCATION GAMES” DI PEDI CHERANG RUKU

Aktiviti Terkini | 9 Disember 2022

Ahli didedahkan dengan permainan di atas talian menerusi website www.education.com. Permainan mempunyai banyak jenis berdasarkan tahun dan umur ahli. Permaninan ini berasaskan ketangkasan berfikir dan pelajaran lebih menarik untuk kanank-kanak...baca selanjutnya

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK DI SK KG SEPULAU

Aktiviti Terkini | 27 November 2022

Klik Dengan Bijak (KDB) adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah penyalahgunaan internet....baca selanjutnya

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK DI SK FELDA TENANG

Aktiviti Terkini | 3 November 2022

Klik Dengan Bijak (KDB) adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah penyalahgunaan internet....baca selanjutnya

PROGRAM KELAS ICT MICOROSFT WORD : MENULIS SURAT RASMI

Aktiviti Terkini | 22 Oktober 2022

Seawal jam 9.00 pagi berlangsungnya kelas pembelajaran untuk peserta. Pembelajaran ini bukan sahaja mengutamakan kelas menulis surat sahaja tetapi mempelajari cara menulis surat rasmi dengan format yang betul. Peserta juga turut diselangi dengan KDB pada masa kini....baca selanjutnya

PROGRAM MEWARNA MERDEKA BERSAMA-SAMA ANAK PUSAT DALAM KOMUNITI FELDA TENANG DI PDK FELDA TENANG

Aktiviti Terkini | 7 September 2022

Seawal jam 9.00 pagi berlangsungnya program mewarna untuk anak-anak Pusat Dalam Komuniti (PDK) Felda Tenang....baca selanjutnya

PROGRAM PERTANDINGAN MEWARNA MERDEKA

Aktiviti Terkini | 28 Ogos 2022

Seramai 27 orang murid pra sekolah dengan 4 orang guru pra SK Kampung Sepulau menyertai program ini. Program ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat kemerdekaan dan semangat patriotism dalam kalangan murid pra sekolah. Program ini turut memperkenalkan semula fungsi dan pembaharuan PEDi selepas 2 tahun tanpa program bersemuka disebabkan PKP....baca selanjutnya

PROGRAM COLOURING ONLINE

Aktiviti Terkini | 17 Julai 2022

Seramai 20 kanak-kanak tadika dengan 3 orang guru Tadika Kg Baharu Besut menyertai program ini. Penyertaan ini bertujuan untuk mengasah kanak-kanak cara menggunakan teknologi terkini dengan cara yang baik. Pendedahan mewarna secara atas talian untuk menarik minat mereka belajar sambil meneroka teknologi pada masa kini._1....baca selanjutnya

PROGRAM COLOURING ONLINE

Aktiviti Terkini | 7 Julai 2022

Seramai 18 kanak-kanak tadika dengan 3 orang guru Tadika Tasek Mengkuang menyertai program ini. Penyertaan ini bertujuan untuk mengasah kanak-kanak cara menggunakan teknologi terkini dengan cara yang baik. Pendedahan mewarna secara atas talian untuk menarik minat mereka belajar sambil meneroka teknologi pada masa kini....baca selanjutnya

PROGRAM “EDUCATION GAMES KAHOOT”

Aktiviti Terkini | 18 Jun 2022

Ahli didedahkan dengan permainan di atas talian “Kahoot”. Permainan atas talian ini menguji ketangkasan minda berfikir secara cepat mereka serta pengetahuan am tentang penggunaan komputer dan internet....baca selanjutnya

PROGRAM EDUCATION GAMES KAHOOT DI PEDI CHERANG RUKU

Aktiviti Terkini | 21 Mei 2022

Ahli didedahkan dengan permainan di atas talian yang bertajuk “Kahoot”. Permainan ini berasaskan ketangkasan berfikir ahli untuk mengenalpasti IQ mereka perihal yang berasaskan pendidikan. Permainan “Kahoot” ini berteraskan Pendidikan Sejarah Tahun 6....baca selanjutnya

LIVE FB: SEMBANG SANTAI : TIP KEKAL SIHAT SEPANJANG RAMADHAN

Aktiviti Terkini | 21 April 2022

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (Pedi) Cherang Ruku berkongsi mengenai tip kekal sihat sepanjang Ramadhan...baca selanjutnya

PROGRAM KELAS SHOPEE BERSAMA USAHAWAN SEKITAR PASIR PUTEH

Aktiviti Terkini | 26 Mac 2022

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (Pedi) Cherang Ruku gabungan dari, Pedi Sungai Petai dan Pedi Kg Baharu Besut dan Pedi Tok Janggut mengadakan kelas Shopee untuk usahawan sekitar bagi mempelajari asas menjual di dalam Shopee....baca selanjutnya

LIVE FB: TUTORIAL USAHAWAN DALAM EDISI NIAGA MAKANAN USAHAWAN “CRAB RAGOON”

Aktiviti Terkini | 20 Februari 2022

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (Pedi) Cherang Ruku live edisi niaga tutorial cara-cara "CRAB RAGOON" salah satu makanan viral produk usahawan tempatan gabungan dari Pedi Cherang Ruku, Pedi Sungai Petai dan Pedi Kg Baharu Besut...baca selanjutnya

LIVE FB: CARA KEMASKINI BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM) 2022

Aktiviti Terkini | 20 Januari 2022

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (Pedi) Cherang Ruku berkongsi mengenai Cara Kemaskini BKM memandang ada segelintir masyarakat tidak peka dengan pengemaskinian tersebut....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini 20 Januari 2019

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti