Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Cherang Ruku adalah sebuah Daerah dalam jajahan Pasir Puteh yang terkenal dengan pantai yang indah dan pelabuhan perikanan laut di Tok Bali. Kawasan ini bersempadan dengan daerah Besut di utara Terengganu.

Cherang Ruku merupakan pekan utama dalam kawasan Semerak menjadi laluan antara Pasir Puteh dan Bachok ke Kuala Besut dan kawasan-kawasan pantai di utara Terengganu.

Nama Semerak di ambil daripada nama Tengku Idris Ibni Sultan Ahmad, yang bergelar Tengku Petra Semerak. Tengku Petra Semerak ialah datuk kepada Raja Perempuan Zainab II Binti Tengku Sri Utama Raja Muhammad Petra yang merupakan permaisuri kepada Raja Kelantan pada suatu ketika dahulu.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


HARI BERSAMA KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 01 Disember 2018

Hari Bersama Komuniti ini bertujuan untuk mempromosikan aktiviti yang disediakan dan menambah penyertaan ahli Pusat Internet dan menarik minat komuniti setempat menyertai aktiviti yang dijalankan oleh pihak Pusat Internet dan merapatkan lagi silaturahim antara pihak Pusat Internet dan komuniti setempat...baca selanjutnya

PROGRAM KEUSAHAWANAN (SHOPEE & E-REZEKI)

Aktiviti Terkini | 24 November 2018

Program ini adalah untuk melahirkan para usahawan dapat mengiklankan produk yang dijual oleh mereka dalam website shoppe.secara tidak langsung dapat menambahkan pendapatan para usahawan kecil....baca selanjutnya

PROGRAM HARI INTERNET PERCUMA

Aktiviti Terkini | 28 Oktober 2018

Program ini dijalankan untuk mengajak masyarakat sekitar lebih mendekatkan diri dengan teknologi pada masa kini dan memenuhi ruang PI Cherang Ruku...baca selanjutnya

PROGRAM SEMINAR ONLINE MARKETING

Aktiviti Terkini | 01 September 2018

Program ini dijalankan untuk menambahkan kemahiran dan pengetahuan kepada petugas PI dan ahli Usahawan PI mengenai online marketing melalui media sosial...baca selanjutnya

LATIHAN ASAS KESELAMATAN KEBAKARAN & PENGGUNAAN PEMADAM API DI PERKARANGAN PUSAT INTERNET KOK LANAS

Aktiviti Terkini | 05 Ogos 2018

Program ini dijalankan untuk menambahkan kemahiran dan pengetahuan cara penggunaan alat pemadam api dengan betul. Latihan asas ini sangat penting untuk pengetahuan petugas PI sekiranya berlaku sebarang kebaran yang berlaku di PI masing-masing. ...baca selanjutnya

MAJLIS TERBUKA HARI RAYA PUSAT INTERNET CHERANG RUKU

Aktiviti Terkini | 14 Julai 2018

Sambutan Hari Raya ini terbuka kepada masyarakat Kawasan sekitar samada ahli dan bukan ahli. Lebih mengutamakan kepada golongan dewasa....baca selanjutnya

PROGRAM GOTONG-ROYONG SAMBUTAN HARI RAYA

Aktiviti Terkini | 10 Jun 2018

Program ini disertai oleh ahli Pusat Internet dan bukan ahli yang terdiri daripada lingkungan Darjah 3 – Tingkatan 1....baca selanjutnya

PROGRAM AGIHAN SIMPACK MYAGRO

Aktiviti Terkini | 15 Mei 2018

Program ini disertai ahli peladang yang terdiri daripada sekitar Kawasan Cherang Ruku. Ahli-ahli ini telah mendaftar sebagai ahli di Pertubuhan Peladang Semerak (PPK). Kadar keahlian peladang adalah RM5.00....baca selanjutnya

PROGRAM NEGARAKU : MENGHUBUNG MENYATU DI SK TUALANG TINGGI

Aktiviti Terkini | 21 April 2018

Gabungan pihak MCMC dengan Kluster Pasir Puteh telah mengadakan pameran advokasi Klik Dengan Bijak melalui pelbagai aktiviti di booth pameran Program Negaraku....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI KARNIVAL FARMASI BERSAMA KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 09 - 10 Mac 2018

Jabatan Farmasi Kelantan telah bekerjasama dengan JKKKP Jabatan Farmasi Negeri Kelantan untuk mengadakan program tersebut. Program ini diadakan untuk mengeratkan hubungan jabatan farmasi dengan masyarakt setempat....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI FIESTA AKOK BERSAMA MCMC

Aktiviti Terkini | 09 & 10 Februari 2018

Program ini disertai oleh ribuan pengunjung ke program tersebut yang melibatkan VIP Dato Khairi Jamaludin, Dato Asyraf Wajdi, Dato Hj Zawawi dan VIP yang lain....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI MSU COLLEGE KOTA BHARU

Aktiviti Terkini | 02 Januari 2018

Program Advokasi ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan pelajar-pelajar IPTS mengenai Program Klik Dengan Bijak dengan lebih dekat lagi dan untuk mengeratkan hubungan pihak MSU dengan Pusat Internet 1Malaysia....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti