PROGRAM ADVOKASI DI KARNIVAL FARMASI BERSAMA KOMUNITI

Aktiviti terkini | 09 - 10 Mac 2018

Tempat Aktiviti:
Padang Pusat Internet 1Malaysia Balai Tok Janggut, Pasir Puteh

Tujuan :
Jabatan Farmasi Negeri Kelantan telah bekerjasama dengan JKKKP Mukim Nering & Saring untuk mengadakan program tersebut. Oleh yang demikian, Pihak JKKK Kg Nering/Saring menjemput PI1M Kluster Pasir Puteh bawah Digi untuk membuka gerai pameran Advokasi KDB kepada pengunjung ke program Farmasi Peringkat Negeri Kelantan. Ini kerana program akan berlangsung di padang hadapan PI1M Tok Janggut,Kg Nering. Majlis Perasmian telah dirasmikan oleh Y.B. Dato' Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada hari sabtu 10hb Mac 2018 pada pukul 11.00 pagi.

Kelebihan Aktiviti :
• Program ini adalah untuk melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet)
• Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain
• Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri
• Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet
• Ianya juga dapat mengeratkan hubungan komuniti antara PI1M Kluster Pasir Puteh dengan pihak Jabatan Farmasi Kesihatan Negeri Kelantan
• Aktiviti – aktiviti yang akan dijalankan sepanjang program berlangsung ialah mengedarkan flyer kluster pi1m dan flyer klik dengan bijak, menyampaikan info-info mengenai ‘Tidak pasti jangan kongsi’ kepada pengunjung yang datang ke gerai pameran kluster pi1m. Soalan kuiz ICT dan Klik Dengan Bijak akan diadakan kepada pengunjung program tersebut
• Maklumat tentang kemudahan yang ada di pi1m kluster pasir puteh juga akan disampaikan kepada pengunjung yang datang

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :