PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK KERJASAMA DENGAN JABATAN PENERANGAN PASIR PUTEH

Aktiviti terkini |14 Jun 2023

Tempat Aktiviti:
Bilik Ict Pedi Sungai Petai
Ringkasan Aktiviti :
• Klik Dengan Bijak (KDB) adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.



Tujuan :
• Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet)
• Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain
• Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri
• Program ini menitikberatkan prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Seawal jam 9.00 pagi program bermula, bersama Jabatan Penerangan Pasir Puteh turut menyertai program KDB ini.
• Pihak Penerangan juga turut mengambil peluang untuk memberi sedikit penerangan mengenai agenda mereka dan disusuli dengan KDB dari pihak PEDi.

Kelebihan Aktiviti :
• Untuk mendidik masyarakat agar menggunakan internet dengan cara yang selamat
• Untuk menggalakkan masyarakat untuk berwaspada semasa berinteraksi di dalam talian (online)
• Untuk memupuk penggunaan kandungan berangkai secara positif di kalangan masyarakat.

Name of VIP :
• Staf Jabatan Penerangan Pasir Puteh (Puan Siera)

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :