PROGRAM MEWARNA MERDEKA BERSAMA-SAMA ANAK PUSAT DALAM KOMUNITI FELDA TENANG DI PDK FELDA TENANG

Aktiviti terkini |7 September 2022

Tempat Aktiviti:
Pdk Felda Tenang
Ringkasan Aktiviti :
• Seawal jam 9.00 pagi berlangsungnya program mewarna untuk anak-anak Pusat Dalam Komuniti (PDK) Felda Tenang.
• Peserta diberi satu kertas lukisan bertemakan Hari Kebangsaan untuk diwarnakan.
• Anggaran program selesai pada jam 1.00 tengah hari.
• Seramai 15 peserta dan 4 guru bimbingan yang turut serta mengendalikan program ini sehingga selesai.

Tujuan :
• Menciptakan daya berfikir.
• Mereka lebih berkreativiti dalam menyesuaikan warna.
• Dalam masa yang sama mereka boleh membezakan sesuatu yang dilihat.
• Menjalinkan kerjasama antara pembimbing PDK dengan staf PEDI luar dari Felda Tenang.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Sebelum memulakan pembelajaran, ahli diberi sedikit penerangan mengenai Pedi terkini dan seterusnya mengenai pertandingan mewarna.
• Diberi masa satu jam setengah dan seterusnya acara penyampaian hadiah berlangsung.

Kelebihan Aktiviti :
• Ketangkasan berfikir
• Mencipta kreativiti yang baru untuk ahli.
• Ahli berdaya saing untuk mencipta hasil lukisan yang cantik
• Memahami sikap dan tahap pemikiran anak-anak istimewa.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :