PROGRAM PERTANDINGAN MEWARNA MERDEKA

Aktiviti terkini |28 Ogos 2022

Tempat Aktiviti:
Dewan Sekolah Kebangsaan Kampung Sepulau
Ringkasan Aktiviti :
• Seramai 27 orang murid pra sekolah dengan 4 orang guru pra SK Kampung Sepulau menyertai program ini.
• Program ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat kemerdekaan dan semangat patriotism dalam kalangan murid pra sekolah.
• Program ini turut memperkenalkan semula fungsi dan pembaharuan PEDi selepas 2 tahun tanpa program bersemuka disebabkan PKP.

Tujuan :
• Semangat kemerdekaan
• Menanam semangat patriotism cintakan negara dalam diri murid pra sekolah
• Mencipta kreativiti yang baru.
• Menarik minat ahli semula setelah 2 tahun PKP.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Sebelum memulakan pembelajaran, murid pra sekolah diberi sedikit penerangan mengenai pembaharuan baru PEDi yang terkini dan seterusnya program pertandingan mewarna dimulakan dengan pembahagian lukisan kemerdekaan kepada setiap murid.
• Program berlangsung selama 2 jam dan diakhiri pemberian hadiah kepada para pemenang serta saguhati kepada semua peserta.

Kelebihan Aktiviti :
• Menambah keceriaan murid pra sekolah
• Mencipta kreativiti yang baru untuk murid
• Menanam semangat kemerdekaan dan patriotism sempena bulan kemerdekaan
• Memperkenalkan semula pembaharuan PEDi setelah 2 tahun PKP.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :