PROGRAM ADVOKASI DI MSU COLLEGE KOTA BHARU

Aktiviti terkini | 11 Disember 2019

Tempat Aktiviti:
Dewan MSU College Kota Bharu

Tujuan :
• Program ini adalah untuk melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet)
• Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain
• Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri
• Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet
• Ianya juga dapat mengeratkan hubungan komuniti antara PI Tok Janggut Kg Nering dengan Pihak MSU College Cawangan Kota Bharu. Ini kerana, merupakan program yang ketiga di antara PI Tok Janggut dengan MSU College Cawangan Kota Bharu

Kelebihan Aktiviti :
• Para Siswa Dan Siswi dapat mengetahui lebih lanjut lagi mengenai Klik Dengan Bijak dan Tidak Pasti Jangan Kongsi,yang mana sebelum ini ada sebahagian siswa dan siswi dapat mengetahui secara ringkas sahaja. Ianya juga dapat mendidik para siswa dan siswi dalam berhemah menggunakan internet dalam kehidupan seharian,sekaligus dapat mengurangkan jenayah siber dan penularan berita-berita palsu untuk masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :